BN menang PRU-15, HSR dihidupkan semula bagi merancakkan ekonomi

MELAKA: Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) bersama Singapura akan diteruskan semula jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, projek yang dapat memberi banyak manfaat khususnya kepada rakyat Melaka itu telah ditangguh dan dibatalkan sewaktu Pakatan Harapan (PH) memerintah negara selama 22 bulan.

Beliau yang juga Presiden MCA berkata, bagi merealisasikan hasrat HSR diteruskan semula, ia bergantung kepada pengundi membuat pilihan tepat untuk memberi mandat kepada BN menang dalam PRU15.



“Jika BN menang kerajaan akan pastikan rundingan baharu dengan Singapura diadakan semula bagi projek HSR ini dilaksanakan semula. Sewaktu zaman PH memerintah, mereka tangguhkan projek ini dan timbul banyak isu sehingga persetujuan dibuat untuk membatalkan projek ini.

“BN berjanji tidak seperti PH sebelum menang PRU14, mereka ini menjanjikan bulan dan bintang yang akhirnya mereka sendiri tidak dapat laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni pengundi di Pasar Malam Kampung Lereh, Tangga Batu di sini malam tadi.

Hadir sama calon BN kerusi Parlimen Tangga Batu, Datuk Lim Ban Hong; calon BN Parlimen Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan serta calon BN Parlimen Kota Melaka, Kon Qi Yao.

Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian dua hala untuk melaksanakan HSR pada 13 Disember 2016. Projek sepanjang 350 kilometer (KM) yang dijadualkan siap pada 2026 itu dijangka dapat memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua negara hanya dengan 90 minit.



Bagaimanapun, pembinaan projek itu ditangguhkan September 2018 dan pada 31 Mei 2020, kedua-dua kerajaan bersetuju menangguhkan pembangunan projek dua hala bernilai RM110 bilion itu sehingga 31 Disember 2020.

Pada 1 Januari 2021, Malaysia dan Singapura mengumumkan secara bersama penamatan HSR selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan bagi perubahan yang dicadangkan Malaysia, sebelum perjanjian projek berkenaan luput 31 Disember 2020.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’



Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker