Gambar Sawah Padi Di Sabak Bernam ‘Viral’ Selepas Menjadi Pilihan Instagram Apple

Share

Jika sebelum ini anak muda Malaysia berjaya melakar nama di Instagram Apple menerusi gambar di Perlis dan Terengganu, kini tiba giliran Sabak Bernam pula menjadi popular selepas Apple memilih gambar sawah padi yang dimuat naik pemilik akaun Instagram @farisofar.

Umum tahu, laman Instagram Apple sememangnya aktif dalam mengongsikan gambar yang diambil pengguna iPhone dalam memaparkan kualiti kamera iPhone melalui hashtag #ShotoniPhone.

Berdasarkan perkongsian Muhammad Faris Danial atau lebih dikenali sebagai @farisofar melalui laman Instagram, beliau mengambil gambar ikonik ini pada 17 Julai 2020 sebelum dikongsikan Apple pada 27 September 2020. Difahamkan beliau hanya menggunakan iPhone XR untuk mendapatkan gambar yang penuh dengan penceritaan ini.

Para netizen juga nampaknya sangat berbangga dengan pencapaian lelaki ini yang berjaya termasuk dalam perkongsian gambar Instagram Apple. Berikut merupakan reaksi netizen mengenai perkongsian tersebut.

Screen Shot 2020-09-28 at 11.50.59 AM

Melihat kepada kekerapan Apple berkongsi gambar pengguna iPhone di Malaysia, sudah pastinya mereka yang berbakat dalam menghasilkan gambar yang terbaik berlumba-lumba untuk muncul dalam laman Instagram Apple.

Kami kongsikan kepada anda gambar kampung di Perlis yang pernah tular pada bulan lalu. Turut dikongsikan, perkongsian gambar Masjid Sri Sendayan Seremban yang diambil menggunakan iPhone 11 Pro berjaya membuatkan netizen teruja. – The Vocket

Leave a Reply