Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui

Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui

CUKUP klasik dan ikonik.

Jenamanya saja tentu mengembalikan semula nostalgia lampau di era kegemilangannya dalam telefon bimbit.

Ia pernah mencetuskan fenomena sebelum era telefon pintar, dengan pilihan model telefon bimbitnya yang paling dinanti-nantikan.

Nokia 8210 2

Model 8210 4G.

Jenama dari Finland itu juga mengambil peluang mengeluarkan dua model lain dengan vibe vintaj iaitu model lipat ‘kulit kerang’ yang dipanggil 2660 Flip dan 5710 XA dengan fokus audio.

Nokia menghidupkan semula ikon abad lalu dalam telefon berciri 8210, di mana model asalnya dikeluarkan pada 1999.

Kini telefon bimbit terkenal itu kembali dalam versi 4G.

Kelebihan telefon bimbit yang ringkas dan reka bentuk padat ini ialah berkeupayaannya untuk mengambil gambar, mendengar muzik dan bermain permainan Snake.

Nokia 2660 Flip.

Model 2660 Flip.

Bahkan, ruang storan boleh dikembangkan dengan kad microSD. Telefon bimbit ini mempunyai skrin 2.8 inci dengan bateri boleh tanggal yang menawarkan sehingga enam jam masa bercakap dan hampir tiga minggu masa siap sedia.

Telefon ini berharga 79.99 euro (RM356).

Pada masa sama, Nokia mengeluarkan dua lagi model berinspirasikan retro. Ia merupakan Nokia 2660 Flip iaitu telefon model kulit kerang, selaras dengan gaya awal 2000-an.

Bagi 5710 XpressAudio, telefon bimbit ini adalah mengenai bunyi, dengan fon telinga tanpa wayar bersepadu.

Nokia 5710 XA

Model 5710 XA.

Jauh daripada piawaian pasaran semasa, kedua-dua telefon ini masing-masing berharga 79.99 euro (RM356) dan 89.99 euro (RM401).

Nokia telah memasarkan satu siri telefon ciri ‘klasik’ yang telah diubahsuai dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 2017, jenama itu mencetuskan sensasi dengan melancarkan semula ikonik Nokia 3310 dalam versi 3G, sebelum membuat susulan setahun kemudian dengan 8110. – AFP Relaxnews

Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker