Buang bayi, pelajar Tingkatan 2 ditahan

Buang bayi, pelajar Tingkatan 2 ditahan

Seorang pelajar Tingkatan 2 ditahan selepas disyaki membuang bayi baru lahir di semak kawasan perumahan Bandar Baru Samariang, Kuching.

Ketua Polis Kuching, Ahsmon Bajah, berkata remaja perempuan berusia 14 tahun itu ditahan 8 malam tadi di kawasan Matang.



“Dia ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, Ahsmon berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan bayi perempuan daripada orang awam kira-kira 9 pagi semalam.

Susulan itu, beliau berkata pihaknya menggerakkan anggota ke lokasi dan mendapati bayi berkenaan masih hidup serta dalam keadaan sihat.

“Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut dan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.



Sementara itu, video penemuan tersebut tular di media sosial, menunjukkan bayi itu masih hidup dan bertali pusat.

Difahamkan, bayi berkenaan ditemukan dalam beg plastik selepas penduduk mendengar tangisannya.

Seorang wanita kelihatan memegang dan membawa bayi itu ke sebuah kedai makan berhampiran, dengan orang ramai yang prihatin membantu membersihkannya. FMT

Buang bayi, pelajar Tingkatan 2 ditahan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM



Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar



Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker