Halim Saad saman Mahathir, Nor Mohamed

Halim Saad saman Mahathir, Nor Mohamed

Ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad mengemukakan saman terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain berhubung dakwaan mengalami kerugian selepas diarahkan kerajaan menjual saham miliknya dalam Renong Bhd, 23 tahun lalu.

Bekas Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Renong itu memfailkan saman terbabit pada 2 Ogos lalu melalui firma guaman Tetuan Malik Imtiaz Sarwar dengan menamakan Mahathir, bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.



Halim berkata, tuntutan beliau berdasarkan pelanggaran haknya oleh kerajaan Malaysia ketika diarahkan Mahathir dan Nor Mohamed untuk tidak meneruskan pemerolehan 32.69 peratus dalam Renong Berhad daripada United Engineers Malaysia Berhad (UEM) menurut Opsyen Jual yang dilaksanakan ke atasnya oleh UEM pada Disember 2000.

Ketika itu Mahathir atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan Nor Mohamed pula atas kapasitinya sebagai Penasihat Ekonomi Khas kepada perdana menteri.

Beliau berkata, pelanggaran itu seperti termaktub dalam Perkara 8(1) dan Perkara13(1) dan atau (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Selanjutnya, saya diarahkan oleh defendan pertama dan kedua (Mahathir dan Nor Mohamed) untuk tidak meneruskan pengambilalihan UEM yang akan saya laksanakan bersama Renong.



“Sebaliknya, saya dikehendaki oleh defendan pertama dan kedua untuk menyokong inisiatif kerajaan melalui anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, Danasaham Sdn Bhd untuk mengambil alih UEM melalui Tawaran Am.

“Perancangan Kerajaan untuk mengambil alih UEM dan akhirnya diswastakan tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan yang saya bersetuju untuk berikan.

“Tindakan kolektif dan bersepadu defendan menyebabkan saya kehilangan kawalan ke atas Renong yang juga bermakna kehilangan kawalan secara tidak langsung ke atas UEM dan asetnya yang sangat bernilai termasuk tetapi tidak terhad kepada Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Elite Expressway dan Laluan Kedua Malaysia (LINKEDUA).

“Saya mengalami kerugian kewangan akibat daripada tindakan defendan,” katanya dalam kenyataan semalam.



Dalam tuntutan samannya pula, Halim berkata pada masa yang material, Renong memegang 37.92 peratus saham UEM dan beliau pemegang saham individu tunggal terbesar dan mengawal syarikat itu (Renong)

Halim berkata, beliau berniat untuk membuat tawaran am ke atas UEM, sama ada melalui Renong atau bersama Renong, untuk menswastakan UEM sebagai anak syarikat Renong yang akan membolehkan beliau memperoleh kawalan dan milikan penuh ke atas UEM melalui Renong.

Menurutnya, beliau diarahkan oleh Mahathir dan Nor Mohamed secara langsung supaya tidak meneruskan Tawaran Am kerana kerajaan ingin mengambil semua saham dalam UEM melalui Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atau pihak yang akan dicalonkan oleh Khazanah.

“Seiring itu, saya diarahkan keluar daripada UEM dan Renong sebagai pemegang saham dan juga pengarah, termasuk dalam anak syarikat. Ini mewajibkan saya menyerahkan kawalan ke atas Renong dan UEM kepada Kerajaan dan selanjutnya melupuskan saham Renong dan mengalami kerugian.



“Saya mematuhi arahan itu kerana Mahathir adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu. Kesudahannya, Khazanah memperoleh keseluruhan saham UEM melalui anak syarikatnya, Danasaham Sdn Bhd, dan dengan itu memperoleh kawalan terhadap UEM yang ketika itu memiliki 32.6 peratus saham Renong.

“Dengan cara ini, kerajaan mengambil alih UEM dan secara tidak langsung memperoleh kawalan dan hak milik tidak langsung ke atas Kumpulan Renong,” katanya.

Halim memohon perisytiharan, antaranya beliau pemegang saham Renong dan bukannya UMNO, selain mendakwa kerajaan melanggar Perkara 8 (1) atau Perkara 13 (2) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberikan pampasan yang memadai kepadanya.

Beliau juga memohon perintah supaya kerajaan membayar pampasan kepadanya dan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan atau teruk, faedah, kos atau relif yang sesuai oleh Mahkamah. BH



Halim Saad saman Mahathir, Nor Mohamed

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik



Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang

Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker