Video pelukan terakhir, lagu Kesetiaan tular kembali

Video pelukan terakhir Siti Sarah, lagu Kesetiaan tular kembali

Bukan sahaja keluarga dan rakan selebriti, pemergian Allahyarhamah Siti Sarah awal pagi tadi turut ditangisi rakyat Malaysia hari ini.

Hasil tinjauan Kosmo!, media sosial khususnya Twitter hari ini sugul dan dihujani dengan ucapan takziah daripada rakyat Malaysia buat Shuib sekeluarga.

Selain foto dan ucapan, tular beberapa video pendek memaparkan kenangan Siti Sarah bersama Shuib dan tiga anaknya.

Salah satunya ialah video detik terakhir sebelum Siti Sarah dibawa ke hospital selepas bacaan paras oksigennye menurun.

Dalam video tersebut, Sarah dilihat memeluk tiga anaknya dalam keadaan memakai pelitup mulut oksigen.

Namun, siapa sangka, itu merupakan pelukan dan detik terakhir dia bersama tiga cahaya matanya.

“Rupa-rupanya ini pelukan terakhir si ibu dengan anak-anaknya. Semoga Shuib terus kuat hadapi dugaan ini,” komen seorang pengguna media sosial.

Sementara itu, beberapa video Siti Sarah menyanyikan lagu popularnya, Kesetian turut tular dalam media sosial sejak pagi tadi.

Rata-rata berpendapat lagu tersebut kini telah membawa satu makna yang lebih besar selepas pemergian Siti Sarah.

“Kesetian meninggalkan kesan lain sekarang ini. Semoga tenang di negeri abadi Siti Sarah, Innalillah,” ciap seorang lagi pengguna Twitter.

Untuk rekod, Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), Serdang pada pukul 5.13 pagi tadi.

Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan dan selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.

Dia bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Pasangan tersebut berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikuniakan tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. K Online

Video pelukan terakhir, lagu Kesetiaan tular kembali


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker