Menteri mentor, kita tidak mahu imej kerajaan PN 2.0

Menteri mentor, kita tidak mahu imej kerajaan PN 2.0’, kata Puad

Seorang pemimpin Umno menolak cadangan lantikan menteri pembimbing (mentor) yang dipercayai merujuk kepada Muhyiddin Yassin kerana tidak mahu imej Perikatan Nasional (PN) wujud dalam kerajaan baharu nanti.

“Ada tangan-tangan ghaib di belakangnya. Tak payahlah cadangan menteri mentor itu. Kita tidak mahu imej kerajaan PN 2.0. Betul-betul baru dan perpaduan,” kata ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi.

Awal hari ini, menurut desas-desus dalam kalangan lingkungan politik, Muhyiddin yang baharu sahaja meletak jawatan sebagai perdana menteri mungkin menjadi menteri pembimbing jika Ismail Sabri Yaakob dilantik memegang jawatan tertinggi negara itu.

Ia susulan Ismail dilihat memiliki angka sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri.

Menerusi perkongsian di Facebook, Puad menggesa agar pentadbiran baharu yang akan dibentuk bersifat perpaduan, bukannya “kerajaan proksi”.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Kita menjunjung kasih kepada YDP Agong kerana guna cara yang tertib untuk menangani krisis politik dan pandemik. Tuanku guna kaedah demokratik. MP (Ahli Parlimen) diminta tentukan calon PM baharu dan diabsahkan di Parlimen.

“Maka jangan jadikan kerajaan baharu ini kerajaan proksi,” katanya.

Terdahulu dilaporkan, 42 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebulat suara bersetuju menyokong naib presiden Umno itu memegang jawatan berkenaan, walaupun segelintirnya sebelum ini berkata, mereka tidak akan memberi sokongan.

Sebelum 4 petang ini, dijangka semua Ahli Parlimen akan menghantar akuan berkanun (SD) bagi menentukan bakal perdana menteri yang baharu. FMT

Menteri mentor, kita tidak mahu imej kerajaan PN 2.0

Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker