Farisha Iris sah kahwin tahun 2024

Penyanyi Farisha Iris, 24, mengakui sedang membuat persiapan majlis perkahwinannya yang dirancang diadakan pada penghujung tahun depan.

Bagaimanapun, Farisha atau nama sebenarnya, Farisha Asmadi berkata, semuanya masih di peringkat perancangan dan masih awal untuk dia berkongsi lanjut.

“Lambat lagi majlis perkahwinan saya, insya-Allah nanti saya akan uar-uarkan. Ya, memang betul saya ada perancangan nak berkahwin, siapa yang tak mahu berkahwin.

“Tapi, apa yang penting bukan tahun ini, insya-Allah hujung tahun depan. Yang saya muat naik dalam Instagram, semalam saya baru nak tengok-tengok dewan. Ingat senang rupanya nak buat persediaan kahwin, susah juga,” katanya kepada BH Online.

Bertanya pula gerangan calon suaminya, Farisha enggan mengulas lanjut.

“Lelaki bertuah itu saya akan kongsikan. Dia bukan orang dalam industri, semestinya tidak. Kami belum setahun kenal, baru pada Mac hari itu berkenalan,”

Farisha muat naik foto sedang meninjau dewan perkahwinan, sekali gus beri petanda mahu mengadakan bernikah dalam masa terdekat. - Foto IG Farisha Iris
Farisha muat naik foto sedang meninjau dewan perkahwinan, sekali gus beri petanda mahu mengadakan bernikah dalam masa terdekat. – Foto IG Farisha Iris

Dalam masa sama, Farisha mengakui, belum mengikat tali pertunangan mahupun menerima rombongan merisik.

Berkongsi mengenai perasaannya, Farisha tidak menafikan seronok membuat persediaan ke arah perkahwinan, namun, buat masa ini, mahu fokus kepada pengajiannya.

“Insya-Allah, nak kata bersedia belum lagi, tapi nak buat macam mana. Sekarang nak habiskan pengajian di peringkat sarjana sehingga Januari 2024,” katanya.

Terdahulu, bekas peserta Big Stage musim ketiga itu memuat naik foto sedang membuat tempahan dewan di laman Instagram (IG) miliknya. Ia memberi petanda mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam masa terdekat.

Farisha sebelum ini pernah digosipkan menjalinkan hubungan dengan pelakon Niezam Zaidi. Bagaimanapun, penyanyi lagu Alasan Terindah itu menafikan mereka ada hubungan istimewa.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker