Afiq Muiz ‘londeh’ perangai sebenar isteri

Afiq Muiz ‘londeh’ perangai sebenar isteri

Afiq Muiz ‘londeh’ perangai sebenar isteri
Afiq Muiz ‘londeh’ perangai sebenar isteri

PETALING JAYA –  Pelakon Afiq Muiz membuat satu pendedahan ‘berat’ mendakwa sifat sebenar isterinya, Pachara Apin menjadi punca sehingga mendorong dirinya bertindak tidak mempedulikan wanita itu selama dua tahun.

Menerusi satu komen pengikut Instagram, Afiq atau nama lengkapnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah didesak menceraikan isterinya secara baik dan bukannya digantung tidak bertali selama dua tahun seperti yang didakwa.

“Kalau sudah tidak ada jodoh, lepaskanlah dia (Pachara) baik-baik. Jangan gantung tak bertali,” kata seorang netizen.

bagaimanapun, jawab Afiq bukan mudah untuk dia membuat keputusan tersebut lebih-lebih lagi selepas mendakwa isterinya telah berlaku curang sehingga sukar untuknya menatap wajah wanita itu.

“Bukan mudah untuk buat keputusan dalam keadaan diduakan (dicurangi). Bukan mudah untuk hadap muka orang yang melukan hati,


Baca Artikel Menarik:

Athira Yuhada saman Nurul Shuhada


“Isteri kalau baik tak apa, ini balik pukul 3 pagi, bau arak, keluar dengan jantan,” jawabnya.

Ketika disoal sama ada benar dia telah memukul isterinya seperti apa yang diceritakan Pachara dalam Facebook dan TikTok pada tahun lalu, Afiq sekali lagi menegaskan bahawa dia telah difitnah, malah menyifatkan isterinya bukanlah wanita yang baik.

“Kepala otak kau pukul. Dia (Pachara) yang macam s*ndal keluar dengan lelaki, balik rumah mabuk,” kata Afiq.

Setelah ditaburi dengan pelbagai fitnah oleh Pachara, Afiq mengakui mengambil keputusan untuk tidak menganggap wanita asal Ranau, Sabah itu bukan siapa-siapa lagi dalam hidupnya.

“Setelah fitnah-fitnah yang ditaburkan, aku ambil pilihan dia bukan siapa-siapa dalam hidup aku,” jawabnya.


Baca Artikel Menarik:

Janna tayang badan seksi lepas ‘workout’, netizen minta hormat bulan Ramadhan


Ketika diminta seorang netizen untuk segera menceraikan isterinya, kata pelakon berusia 30 tahun itu, urusan perceraian akan diselesaikan di mahkamah.

Semalam, Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahadeya, 32, telah memfailkan tuntutan cerai secara fasakh ke atas suaminya selepas digantung tak bertali selama dua tahun.

Bagaimanapun, pelakon drama Bukan Kahwin Paksa itu tidak memberikan kerjasama apabila gagal hadir ke mahkamah sejak Pachara memfailkan tuntutan cerai secara baik pada 26 Ogos tahun lalu.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 April ini bagi prosiding seterusnya.

Terdahulu, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga. – KOSMO! ONLINE

Baca Artikel Menarik:

 

Afiq Muiz ‘londeh’ perangai sebenar isteri

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker