Perang Palestin, kanak-kanak dan mangsa dibedah ‘Tanpa Bius’

“Ramai mangsa yang cedera akibat pengeboman tentera Israel terpaksa menjalani pembedahan di hospital tanpa menggunakan anestetik (ubat bius). Bekalan ubat-ubatan kini semakin kritikal serta kehabisan,” ujar Ketua Pengarah Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan di Gaza, Abu Ayesh.

Dia yang dihubungi menerusi WhatsApp semalam memaklumkan, pembedahan dan rawatan kecemasan terpaksa dilakukan tanpa bius walaupun menyedari kesakitan dialami mangsa terutama kanak-kanak.

“Berdasarkan maklumat diberikan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, berlaku peningkatan mendadak jumlah mangsa yang maut dan cedera dalam tempoh 24 jam.



“Terkini, angka kematian mangsa serangan Israel membabitkan rakyat Gaza terus meningkat kepada 4,137 kematian semalam. Ia melonjak berbanding 3,785 kelmarin.

“Angka ini termasuk 1,524 kanak-kanak, 1,000 wanita, dan 120 warga emas yang terkorban. Selain itu 3,983 kanak-kanak dan 3,300 wanita dilaporkan cedera,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Muslim Care Malaysia-Palestin berkata, tentera Israel turut menghalang usaha petugas perubatan yang mahu menyelamatkan mangsa tercedera di lokasi diletupkan bom Israel.

“Mereka menyasarkan anggota dan petugas kesihatan. Sehingga kini 44 petugas perubatan terbunuh dan 70 lagi cedera sejak serangan roket dan bom bermula 15 hari lalu.



“Malah tentera Israel nampaknya turut sengaja meletupkan 23 ambulans di Gaza yang kini tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

“Selain itu sbanyak 19 kemudahan kesihatan disasarkan secara langsung atau tidak langsung. Ini memaksa khidmat perubatan dihentikan di 14 pusat kesihatan yang bergabung dengan sistem penjagaan primer Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza dan utara Semenanjung Gaza,” katanya.

Beliau berkata, semua kemudahan kesihatan berisiko dihentikan sepenuhnya berikutan ketiadaan bekalan elektrik selain bekalan peralatan dan ubat.

“Ini turut dialami pengurusan Hospital Yaman Al-Saeed di Jabalia di Gaza apabila khidmat kesihatan terpaksa dihentikan susulan ketiadaan bekalan elektrik dan kemudahan lain.



“Kelamrin Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan empat hospital di wilayah itu yang dikepung tentera Israel, lumpuh ekoran menjadi sasaran langsung serangan udara Israel. Empat hospital itu adalah Hospital Beit Hanoun, Hospital Kanak-kanak Al-Durra, Hospital Al-Karama dan Hospital Antarabangsa Al-Oyoun.

“Hospital itu menampung jumlah pesakit yang tinggi iaitu pada kadar 150 peratus, dengan ada dalam kalangan pesakit yang terpaksa tidur di atas lantai dan koridor,” katanya.

Menurutnya, penduduk Gaza memperbaharui seruan kepada tentera Israel untuk segera menghentikan tembakan ke atas kakitangan perubatan, hospital, ambulans dan tempat di mana rakyat terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk berlindung.

“Kami memperbaharui seruan kami kepada masyarakat Antarabangsa untuk memberikan tekanan maksimum kepada Israel bagi memastikan Israel mematuhi undang-undang Antarabangsa dan kewajipan asas kemanusiaannya,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker