JDT juara buat kali kesembilan berturut-turut

JDT juara buat kali kesembilan berturut-turut

Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut selepas mudah membelasah Negeri Sembilan FC 5-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Pengesahan kejuaraan itu milik JDT selepas Terengganu FC berjaya menewaskan pencabar terdekat, Sabah FC 2-0 pada aksi di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, sebentar tadi.

Kini, skuad kendalian Hector Bidoglio hanya perlu menghabiskan baki empat perlawanan iaitu menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, Selasa ini, diikuti aksi menentang Sri Pahang FC, di Stadium Darul Makmur Jumaat ini.

Disusuli menentang semula dengan KDA FC di Stadium Sultan Ibrahim, 11 Oktober dan aksi terakhir menentang Sabah FC di laman sendiri, 15 Oktober dan kesemua perlawanan itu penting buat JDT bagi mempertahankan rekod tanpa kalah. HM

JDT juara buat kali kesembilan berturut-turut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker