Hentikan semua majlis rasmi, benarkan datang terus untuk dos penggalak

PETALING JAYA: Semua acara atau majlis rasmi kerajaan se­perti sambutan perayaan melibatkan jumlah kehadiran yang ramai wajar dihentikan sementara waktu ekoran peningkatan kadar kebolehjangkitan (RT) yang mencecah 1.04 kelmarin.

Langkah tersebut perlu diambil sebagai tindakan berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan Covid-19 atau kewujudan kluster baharu selaras prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Malah dengan pengurangan risiko jangkitan, langkah tersebut juga sekaligus memberi laluan kepada sektor lain yang lebih penting termasuk ekonomi dan sosial untuk kembali bernafas.



Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, selain itu, kerajaan dalam masa yang sama perlu membenarkan pemberian suntikan vaksin dos penggalak secara datang terus atau walk in untuk kumpulan sasaran.

“Dos penggalak ini memang patut diambil kumpulan yang telah dikenal pasti walaupun ia tidak diwajibkan lagi.

“Sepatutnya benarkan walk in bagi sasaran yang telah ditentukan sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, kerajaan tidak mewajibkan pengambilan dos penggalak bagi mengawal jangkitan varian baharu Co­vid-19, dan perkara itu tidak akan menjejaskan sijil vaksin mereka yang sudah lengkap dua dos.



Katanya, keputusan tidak mewajibkan dos penggalak jenis Pfizer itu dibuat susulan majo­riti golongan dewasa telah mendapatkan suntikan wajib.

Dalam pada itu, Pakar virologi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr. Yahya Mat Arip berkata, dos penggalak untuk kumpulan rentan dan kumpulan berisiko tinggi bertepatan dan perlu diberikan secara datang terus atau walk in ke klinik ataupun pusat pemberian vaksin (PPV).

“Akan tetapi, kita perlu faham bahawa proses pemberian vaksin juga memerlukan perancangan rapi untuk mengelakkan pembaziran disebabkan janji temu yang tidak dipatuhi.

“Selepas itu, kerajaan perlu memberi fokus kepada sesiapa yang mahu mendapatkan suntikan dos penggalak,” jelasnya. -UTUSAN



Hentikan semua majlis rasmi, benarkan datang terus untuk dos penggalak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker