Asri Hamidin dicutikan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) baharu akan dilantik?

Asri Hamidin dicutikan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) baharu akan dilantik?

Status Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Seri Asri Hamidin menjadi teka-teki apabila beliau tidak kelihatan ketika majlis sambutan hari pertama Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.

Malah, ketika sidang media selepas program taklimat dengan Perdana Menteri yang dihadiri pegawai kanan Kementerian, Anwar turut menyebut perbincangan mengenai kedudukan penasihat kewangan negara dengan KSP baharu.



Beliau yang diminta mengulas mengenai kedudukan penasihat khas kewangan yang diketuai Tan Sri Mohd Hassan Marican, menyatakan sebarang perkara termasuk keahlian dan akses terhadap maklumat kewangan negara akan dibincangkan dengan pegawai kanan kementeriannya serta KSP yang baharu.

“Saya perlu berbincang dengan Tan Sri Hassan mengenai syarat serta keutamaan.

“Dan sudah tentu kami akan merujuk berbincang dengan pegawai kanan berkaitan dan KSP baharu,” katanya.

Anwar bagaimanapun tidak menyatakan siapa KSP baharu itu manakala hantaran melalui akaun Twitternya juga tidak menyebut mengenai KSP baharu.



Sementara itu, BH difahamkan bahawa Asri, 56, yang dilantik pada 2020 sudah dicutikan.

Cubaan untuk mendapatkan maklumat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali tidak berhasil. BH

Asri Hamidin dicutikan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) baharu akan dilantik?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN



Jangan berani sentuh Messi – Tyson


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j

Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN



Jangan berani sentuh Messi – Tyson

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker