Bidas Mahathir : Dap putuskan tiada tindakan ke atas Liu

Jawatankuasa disiplin DAP hari ini menerima penjelasan Ronnie Liu mengenai artikelnya yang membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi jawatankuasa itu, Chong Chieng Jen berkata Adun Sungai Pelek itu telah memberi maklum balas yang panjang lebar berhubung surat tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya.

“Kami telah meneliti penjelasannya dan jawatankuasa ini menerima penjelasannya,” katanya dalam satu kenyataan pada petang ini.

Pada catatan sama, Chong berkata jawatankuasa itu menasihatkan semua anggota DAP pada masa akan datang untuk tidak mengeluarkan kritikan terbuka terhadap rakan gabungan mereka tetapi sebaliknya menggunakan saluran dalaman untuk menyelesaikan perbezaan.

Bulan lalu, setiausaha penganjur DAP Anthony Loke merujuk Liu kepada jawatankuasa disiplin mengenai artikelnya yang diterbitkan dalam Malaysiakini berjudul Mahathir: The paper tiger.

Menyifatkannya sebagai pandangan peribadi dan tidak mencerminkan pendirian DAP, Loke, yang juga menteri pengangkutan, menegur Liu kerana membuat kenyataan “tidak bertanggungjawab” itu.

Katanya, tindakan Ronnie itu sangat serius dan juga sebagai sabotaj parti.

Liu dalam artikelnya membidas Dr Mahathir Mohamad dan berkata sekiranya pengerusi Bersatu itu cuba memecahkan PH – DAP, PKR, Amanah, Warisan dan Upko – masih boleh bergabung dan membentuk kerajaan baru – tanpa Bersatu.

Mkini

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker