Bekas Pengawal Peribadi Dakwa Michael Jackson Mati Pucuk

LOS ANGELES – Bekas pengawal peribadi bintang pop dunia, Michael Jackson (MJ) mendakwa majikannya ditinggalkan dua kekasih gelapnya kerana mati pucuk.

Matt Fiddes, yang mula bekerja dengan mendiang MJ bermula pada tahun 1998 memberitahu penyanyi itu ditinggalkan sebaik sahaja dia hilang keupayaan dalam hubungan seks akibat penyalahgunaan dadah dalam tempoh masa yang lama.

Guru pertahanan diri itu diupah oleh MJ sebagai pengawal peribadi dan setia menemani penyanyi itu sehingga dia meninggal dunia pada 2009.



Fiddes yang menyaksikan perkahwinan MJ bersama Lisa Marie Presley (1994) dan Debbie Rowe (1996) mendakwa kewujudan dua lagi teman wanita majikannya yang tidak didedahkan kepada peminat.

Semasa hayatnya, MJ terkenal sebagai seorang yang sering dikaitkan dengan ramai wanita termasuk penyanyi Whitney Houston, Brook Shields dan Tatum O’Neal.

 

Michael dikatakan mengalami simptom mati pucuk akibat penyalahgunaan dadah yang berlarutan. – AFP

Menurut Fiddes, dua teman wanita misteri itu memutuskan hubungan dengan MJ kerana lelaki itu hilang keupayaan dalam melakukan hubungan seks.



“MJ akhirnya mengalami sindrom mati pucuk selepas penyalahgunaan dadah selama bertahun-tahun,” kata Fiddes kepada akhbar The Sun dalam satu temubual pada 2012.

“Salah seorang teman wanitanya adalah pekerja di rumah agamnya dan seorang gadis muda misteri,” ujarnya.

Namun hubungan itu dikatakan gagal di penghujung hayatnya kerana MJ hilang kemampuan seksual.

Menurut Fiddes, ketagihan MJ pada dadah sangat serius dan kebiasaannya akan berselang-seli dengan alkohol.



Pengawal peribadi itu turut memberitahu MJ sengaja menimbulkan identiti tiada kecendurangan jantina atau ‘sexless’ kerana berasa ia akan menambahkan lagi elemen misteri di mata peminatnya. -Agensi

Kesan Darah Michael Jackson Dilelong Dengan Harga RM10, 416



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker