Covid-19 : 1208 kes baru hari ini dengan 3 kematian

Sebanyak 1,208 kes baru Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, sementara 1,013 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kes positif setakat ini sebanyak 47,417 kes dengan kes aktif 12,323 kes.

“Dukacita dimaklumkan terdapat 3 kes kematian dilaporkan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Kuala Lumpur mencatatkan 462 kes baru manakala Sabah dengan 381 kes baru.

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 47,417 kes.

Sebahagian besar kes di Kuala Lumpur adalah daripada kluster Tapak Bina Damanlela iaitu sebanyak 460 kes.

Sementara itu, seramai 1,013 lagi pesakit sembuh, menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 34,785 kes, iaitu 73.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif pula setakat tengah hari ini adalah 12,323 kes.

Daripada jumlah itu, terdapat 104 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 42 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
#COVID19 Terkini. 15 Nov. Kes baharu masih 4 angka -1,208 termasuk 6 kes import.

Pesakit sembuh juga 4 angka – 1,013.

Kes baharu di Sabah makin stabil & terkawal – 381 kes.

Lembah Klang, kes baharu makin meningkat – 661 kes.

3 kematian, 2 kluster baharu, 1 kluster tamat.

COVID-19; 15 Nov 2020

Jumlah discaj baru:1013
Jumlah kumulatif:34785 (73.4%)

Jumlah kes baru: 1208
Jumlah kumulatif: 47417
Jumlah kes aktif: 12,323

Kes tempatan: 1202
Kes import: 6 (6 BWN)

Jumlah kematian: 3
Jumlah kumulatif: 309(0.7%)

Kes di ICU: 104
Pesakit intubated:42

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker