“Zaleha mentor politik saya” – Noh Omar

KUALA LUMPUR, 14 Nov — “Allahyarham Tan Sri Zaleha Ismail merupakan mentor saya dalam bidang politik,” kata Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.

Noh berkata Allahyarham sentiasa memberikan dorongan serta buah fikiran yang dijadikan panduan oleh beliau untuk menjadi ahli politik berjaya.

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar (tiga, kiri) bersama Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin antara yang hadir Majlis Tahlil bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Zaleha Ismail, 84, yang meninggal dunia pada pukul 8.15 malam ini kerana mengalami pelbagai komplikasi kesihatan.
Allahyarham meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur setelah mengalami sesak nafas pada pukul 6 petang tadi.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati pada 9 pagi  dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota.
–fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Allahyarham berperwatakan peramah serta lemah lembut dan turut disayangi ramai. Saya juga selalu datang melawat Allahyarham semasa dahulu,” katanya kepada Bernama semasa menziarahi keluarga Allahyarham di sini.



Turut hadir ke kediaman Allahyarham di Taman Perwira, Gombak ialah Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Zaleha ,84, meninggal dunia pada pukul 8.15 malam tadi kerana mengalami pelbagai komplikasi kesihatan.

Allahyarham meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, setelah mengalami sesak nafas pada pukul 6 petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati di sini pada 9 pagi esok untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota di sini.



— BERNAMA

Tan Sri Zaleha Ismail meninggal dunia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker