Selamat Tinggal Orang Terengganu – Faris

Kuala Terengganu: Pemain sayap lincah Terengganu FC (TFC), Muhammad Faris Ramli mungkin tidak bersama skuad Penyu itu musim depan selepas pemain import kelahiran Singapura itu memuat naik satu posting di media sosialnya pagi tadi dengan ucapan selamat tinggal.

Pemain berusia 28 tahun yang pernah merangkul pemain terbaik Singapura pada musim lalu selain pernah membantu negaranya muncul juara Liga Super 2013 dan Piala FA 2015 bersama pasukan Lions XII menyatakan banyak pengalaman yang diraih bersama skuad Penyu walaupun hanya semusim bersama.

Faris yang pernah dipinjam Terengganu FC II (TFC II) musim ini akui bangga dengan pencapaian skuad Penyu yang berjaya menamatkan Liga Super di tangga ketiga ketika pentas Piala FA dibatalkan dan Piala Malaysia hanya dilangsungkan pada pusingan pertama sahaja sebelum dibatalkan sekali gus menyaksikan TFC layak beraksi pada pentas Piala AFC musim depan.

“Terima kasih atas kerja keras, dedikasi dan sikap positif. Tidak mungkin kita dapat mencapai sasaran tanpa usaha semua.

“Musim ini kita berjaya menepati sasaran dan saya berterima kasih kepada rakan sepasukan. Walaupun TFC tidak diberi harapan, kita saling memberi dorongan antara satu sama lain.



“Kita akan lihat apa yang menanti untuk musim depan, tapi buat masa ini selamat tinggal, jaga diri dan kekal selamat orang Terengganu,” katanya dalam kenyataannya itu.

Berdasarkan prestasinya musim ini, bekas pemain kelab Hougang United dalam Liga Singapura musim lalu itu tidak dapat beraksi dalam semua perlawanan bersama skuad Penyu kerana terkandas di negaranya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia dan di negaranya bermula 18 Mac lalu susulan wabak pandemik Covid-19 melanda dunia termasuk Malaysia.

Bagaimanapun pemain yang pernah menyarung jersi pasukan PKNS FC pada 2018 berjaya menghadiahkan tiga gol bersama skuad TFC dalam pentas Liga Super musim ini selain menjadi antara pemain kesayangan peminat setia pasukan Hitam Putih-HM

COVID-19: Lapan bulan ditinggalkan, penyu kesayangan tinggal rangka



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker