Sebuah hotel terkemuka Langkawi ditutup sementara, 59 positif Covid-19

Sebuah hotel terkemuka Langkawi ditutup sementara, 59 positif Covid-19

Sebuah hotel terkemuka di Langkawi terpaksa ditutup selepas 59 kakitangannya dan ahli keluarga mereka disahkan positif COVID-19 sejak Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo, berkata sehingga kini seramai 249 individu sudah disaring dengan 59 didapati positif manakala 192 individu lagi negatif dan tiga orang lagi masih menunggu keputusan.



“Pada Jumaat lalu, jabatan itu melaporkan wujud Kluster Dah Teluk Nibung di Langkawi dan penularan kes itu dikategorikan sebagai kluster tempat kerja.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo.
“Sehingga hari ini, kluster berkenaan membabitkan pekerja tempatan dan juga kontak rapat ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Othman berkata, siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki daripada komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja.

Katanya, berikutan itu, pihak pengurusan hotel terbabit bersetuju menutup operasi secara sukarela.



“Semua kontak rapat sudah dikenal pasti dan menjalani ujian saringan COVID-19 serta diberi arahan Perintah Pemantauan Rumah (HSO) selama 10 hari.

“Bagaimanapun, setakat ini penularan jangkitan adalah terkawal,” katanya. BH

Sebuah hotel terkemuka Langkawi ditutup sementara, 59 positif Covid-19

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker