Ini Sebab Mengapa DAP Bersungguh Mahu Mansuhkan Akta Hasutan 1948?

Meneliti pertanyaan-pertanyaan di Parlimen hari ini, kedapatan dua soalan dari Ahli Parlimen DAP yang bertanya mengenai status pemansuhan Akta Hasutan 1948.
Satu adalah soalan daripada Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani A/P Patto, yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah status pemansuhan Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta bilangan kes dalam siasatan, dakwaan dan sabitan dan usaha untuk menggantikan akta-akta ini dengan undang-undang yang lebih saksama dan progresif.
Satu lagi adalah soalan daripada Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh, yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Kerajaan akan memansuhkan atau meminda Akta Hasutan 1948 dan sekiranya tidak sama ada akta tersebut akan dipinda untuk sekurang-kurangnya mengiktirafkan niat (intention) tertuduh sebagai satu pembelaan.
Mengapa Ahli-Ahli Parlimen DAP bersungguh benar mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948?
DAP sebelum ini dakwa mereka hormat kepada bahasa kebangsaan (Perkara 152), kedudukan istimewa orang Melayu (Perkara 153) dan kedaulatan Raja-Raja Melayu (Perkara 181).
Jika benar mereka hormat kepada perkara-perkara ini sepatutnya kekalkanlah Akta Hasutan 1948 kerana melalui Akta Hasutan 1948-lah perkara-perkara ini dilindungi dari dipersoalkan.
Ataukah ini ada kaitannya dengan 70 laporan polis yang dibuat ke atas Persatuan New Youth Universiti Malaya (UMANY) baru-baru ini atas dakwaan mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong?
Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker