PRN Melaka: Rauf dan Rakyat [VIDEO]

Oleh Megat Terawih

Tanjung Bidara – Selepas diumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang mana bagi Dun N.02 Tanjung Bidara Dato’ Seri Ab Rauf Yusoh sememangnya sudah dikenali oleh masyarakat setempat.

Namun begitu Ab Rauf yang cukup mesra dengan masyarakat dibawah jagaannya dan sentiasa turun padang mendengar masalah dan membantu apa yang diperlukan rakyat.

Sebagai pemimpin masyarakat beliau sentiasa dekat dengan rakyat menerusi program ziarah masyarakat yang keuzuran dan bertanya khabar setiap kali beliau berkelapangan dan berada dalam kawasan Tanjung Bidara.

Ab Rauf begitu dekat dengan rakyat setempat. Beliau sebelum ini banyak membantu ekonomi rakyat setempat melalui perusahaan milik beliau dan koridor ekonomi Masjid Tanah adalah antara usaha dan idea beliau bersama Ketua Menteri Dato’ Seri Utama Sulaiman Md Ali sepanjang bersama kerajaan Melaka.

Antaranya kewujudan Majlis Daerah Masjid Tanah yang mampu menjadi peneraju dan menarik pelbagai pelaburan bagi membangunkan kawasan ini sehinggakan ada projek berimpak tinggi yang kini sedang dan akan dilaksanakan di kawasan Masjid Tanah.

Antara pembangunan lain yang direncanakan adalah Koridor Perindustrian Pantai Barat, Pembangunan Kawasan Lembah Linggi, Pembangunan Pelancongan Tanjung Tuan serta Projek Lebuh Raya Pesisir Pantai dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang akan melalui kawasan Kuala Linggi – Masjid Tanah.

Selain itu, Rancangan Fizikal Negara Ketiga (RFN3) telah mengangkat kawasan Kuala Linggi sebagai pusat katalis yang memberi fokus utama dalam aspek terminal maritim dan pusat tarikan pelancongan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker