Ismail lancar lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur

Sebaran :

Ismail lancar lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur

KINABATANGAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur jajaran Sandakan-Kinabatangan-Beluran-Telupid.

Perdana Menteri berkata, projek itu membabitkan tiga pakej iaitu pakej 28, 29 dan 30, sepanjang 58 kilometer dengan kos pembinaan RM877 juta.

Beliau berkata, skop projek itu membabitkan kerja menaik taraf daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala, pembinaan tiga jambatan baharu, dan satu persimpangan bertingkat.



“Apabila siap kelak, laluan ini akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa, cekap dan selamat kepada penduduk,” katanya ketika berucap melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Zon Timur di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin ketika hadir pada majlis pelancaran Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Zon Timur di Majlis Daerah Kinabatangan, hari ini. – Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin ketika hadir pada majlis pelancaran Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Zon Timur di Majlis Daerah Kinabatangan, hari ini. – Foto Bernama
Ismail Sabri berkata, pembinaan bagi projek itu telah bermula bulan ini dan dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun iaitu pada bulan Oktober 2024.

Katanya, laluan itu juga akan mempermudahkan urusan logistik dan pasaran hasil pertanian di Telupid, dan mampu merancakkan aktiviti pelancongan di sekitar Sandakan.



“Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rangkaian infrastruktur jalan raya yang terancang, sistematik dan efisien, buat Keluarga Malaysia, di sini.

“Ia sekali gus memastikan pembangunan sosioekonomi yang lebih baik dan dapat memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini, selari dengan hala tuju strategik Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) iaitu Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan,” katanya.

Prihatin terhadap masalah capaian internet di luar bandar di Sabah, Perdana Menteri berkata, di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA), kerajaan telah memperuntukkan RM3.5 bilion untuk membangunkan 534 menara telekomunikasi di Sabah. BH

Ismail lancar lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle


Sebaran :

Leave a Reply