Terjun terus sumbang emas, kali ini Ng Yan Yee-Ong Ker Ying

Terjun terus sumbang emas, kali ini Ng Yan Yee-Ong Ker Ying

SUKAN terjun seperti dijangka terus menjadi lubuk emas apabila kali ini gandingan Ng Yan Yee-Ong Ker Ying menjelmakan emas keempat Malaysia dalam Sukan SEA Hanoi, sebentar tadi.

Pasangan Yan Yee-Ker Ying itu menyumbang emas menerusi acara tiga meter papan anjal seirama wanita di Pusat Akuatik My Dinh.

Persembahan penerjun negara sememangnya ’50 langkah di hadapan’ negara lain di rantau ini apatah lagi buat masa ini menyapu bersih kesemua acara bagi sukan tersebut.

Sukan terjun setakat ini telah berjaya menyapu bersih empat emas daripada empat acara yang dipertandingkan.

Terjun menawarkan lapan emas daripada lapan acara dipertandingkan.

Kemenangan itu sekali gus menjadikan koleksi emas keenam buat Yan Yee sepanjang Sukan SEA dan pertama bagi Ker Ying yang juga temasya sulungnya.

Gandingan negara itu memperoleh 276.30 mata daripada lima terjunan, jauh mengatasi dua lagi gandingan dari Vietnam dan Singapura.

Yan Yee-Ker Ying konsisten sepanjang lima terjunan dengan memperoleh lebih 60 mata.

Pada terjunan kelima sahaja pasangan tersebut merekodkan markah di bawah 60 iaitu sebanyak 54.00 mata.

Hanya tiga gandingan menyertai acara berkenaan.

Atlet tuan rumah, Mai Hong Hanh-Ngo Phuong Mai meraih pingat perak dengan 237.57 mata sementara Ashlee Tan Yi Kuan-Fong Kay Yian hanya mendapat 229.41 untuk berpuas hati di tempat ketiga.

Malaysia ketika ini memperoleh empat emas dengan kesemuanya daripada sukan terjun setakat dua hari Sukan SEA membuka tirai.

Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan kilauan emas pertama negara dalam acara 1 meter papan anjal wanita semalam diikuti gandingan Ooi Tze Liang-Chew Yi Wei bagi acara tiga meter papan anjal lelaki.

Tze Liang terus cemerlang dengan menyumbang emas ketiga negara bagi acara 1 meter papan anjal lelaki, sebelum Yan Yee-Ker Ying memperoleh emas seterusnya. utv

Terjun terus sumbang emas, kali ini Ng Yan Yee-Ong Ker Ying


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker