Gajah bengkok tulang angkut pelancong selama 25 tahun

Pai Lin (kiri) mengalami tulang belakangnya yang cacat dan Thung Ngern (kanan) dengan tulang belakang berbentuk kubah yang tipikal. – WFFT

BANGKOK – Seekor gajah kelihatan cacat setelah menghabiskan masa lebih 25 tahun dalam industri pelancongan di Thailand, di mana ia terpaksa mengangkut sehingga enam pelancong pada satu masa, lapor laman berita Thaiger semalam.

Gajah bernama Pai Lin itu kini tinggal di pusat menyelamat hidupan liar terbesar di Thailand di mana ia boleh berkeliaran tanpa dirantai dan bebas menikmati alam semula jadi.

Beberapa gambar menunjukkan keadaan tulang belakang Pai Lin yang sepatutnya membulat dan melengkung secara semula jadi tetapi menekuk dan tenggelam akibat beban kerja yang berulang.

Perubahan bentuk fizikal itu kebiasaannya berlaku ke atas gajah yang digunakan untuk tunggangan pelancong, demikian menurut Yayasan Rakan Hidupan Liar Thailand (WFFT).

WFFT mengeluarkan gambar Pai Lin bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana gajah menderita apabila menjadi sebahagian daripada industri pelancongan.

Gajah digunakan untuk ‘trekking’ sering menghabiskan sepanjang hari dengan mengangkut mahout (pengendali), kumpulan pelancong dan howdah (tempat duduk) yang berat.

Tekanan berterusan pada badan gajah boleh merosakkan tisu dan tulang belakang, sekali gus mengakibatkan kerosakan fizikal yang tidak dapat dipulihkan. Belakang badan Pai Lin mempunyai parut kesan daripada titik tekanan yang lama.

Pengarah Projek di WFFT, Tom Taylor berkata: “ Walaupun gajah terkenal dengan kekuatan dan saiznya, punggungnya tidak direka secara semula jadi untuk menanggung beban berat kerana tulangnya yang memanjang ke atas.

“Tekanan berterusan pada tulang belakang gajah daripada pelancong boleh mengakibatkan kerosakan fizikal kekal, seperti yang boleh dilihat pada Pai Lin,” jelas Taylor.

Disifatkan sebagai ‘moyang’ tempat perlindungan gajah WFFT, Pai Lin kini berusia sekitar 71 tahun. Ia telah diselamatkan oleh WFFT pada 2007.

Terdapat kira-kira 3,000 gajah domestik di Thailand yang kebanyakannya bekerja dalam industri pelancongan atau pembalakan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker