Hampir buta dirotan guru

Hampir buta dirotan guru

Bayan Baru: Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Sungai Ara di sini mendakwa dirotan guru hingga mengalami pendarahan pada mata.

Bapanya, Mazni Mohamad, 47, berkata, anaknya yang berusia 17 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.



Dakwanya, kejadian berlaku 12.30 tengah hari Khamis, selepas anaknya dikatakan tertangkap kerana menghisap vape di dalam kelas ketika guru Sains sedang mengajar.

“Anak saya kemudian dibawa berjumpa guru lain bergelar ustaz yang dikatakan pembantu guru disiplin dan dia disoal siasat serta didakwa menipu.

“Guru itu bertindak merotannya, namun rotan itu terkena bahagian mata kanan anak saya yang menyebabkan berlaku pendarahan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mazni berkata, pihak sekolah kemudian menghantar anaknya ke klinik sebelum dibawa ke Hospital Balik Pulau (HBP).



“Difahamkan, pihak hospital terpaksa rujuk anak saya ke HPP susulan tiada pakar mata di HBP,” katanya yang memberitahu keadaan anaknya stabil tetapi perlukan pemantauan lanjut.

Mazni yang bekerja sebagai pemandu lori memberitahu akan membuat laporan polis hari ini selain berjumpa pihak sekolah untuk penjelasan lanjut.

“Saya tahu anak saya nakal tapi bukan begini caranya beri pengajaran. Mujurlah matanya tidak buta,” katanya. HM

Hampir buta dirotan guru



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Ajai tak campur perselisihan Nourul, Ayu



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker