Jangan sakiti hati Ernie – Aina Abdul

Jangan sakiti hati Ernie – Aina Abdul

Penyanyi kegemaran ramai, Aina Abdul dan Ernie Zakri acap kali menjadi tumpuan ramai, lebih lagi jika bertanding dalam anugerah.

Dua nama penyanyi popular itu tidak asing lagi mempunyai tahap vokal bertaraf antarabangsa, namun begitu nama mereka sering dibandingkan oleh segelintir peminat muzik.



Ramai menganggap Aina dan Ernie saling bersaing sehingga rata-rata netizen memberi respons toksik dalam media sosial.

Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37, Aina menjelaskan kritikan negatif netizen sama sekali tidak menjejaskan hubungannya bersama Ernie sebagai rakan baik dalam industri.

Penyanyi lagu Sepi itu berkata, dia mengenali sikap Ainations (kelab peminat) yang sebenar di mana tidak akan bercakap buruk sehingga mencalarkan imej figura bernama Aina Abdul.

“Satu komen tak akan memberi kesan kepada apa-apa perkara. Saya dan Ernie, kami masih ‘best buddies’.



“Kami pergi gimnasium bersama, jadi tiada istilah saling bersaing sesama sendiri.

“Walaupun ada memberikan komen buruk mengenai saya dan Ernie, tetapi saya tak mahu peminat bertelagah.

“Saya tahu peminat saya, sekiranya benar yang berkata-kata dalam media sosial memang peminat tegar Aina, saya yakin mereka tak akan berkata buruk seperti ini.

“Saya akan tetap pertahankan peminat saya,” ujarnya ketika dihubungi XTRA.



Tambah Penyanyi Wanita Popular Anugerah Berita Harian (ABPBH) ke-35 ini, Aina berharap orang ramai akan berhenti menyakiti Ernie dan keluarganya.

“Come meet me and Ernie.. We are very cool. Saya harap tolong jangan cakap perkara yang boleh melukakan hati Ernie dan keluarga.

“Saya tak nak ada masalah dengan sesiapapun, saya mahukan persaingan menyeronokkan dan industri yang meriah.

“Kalau nak tahu, saya dan Ernie tak pernah sekali pun bercakap mengenai industri ataupun peminat bila berjumpa.



“We enjoy our food so much! Banyak girls talk, coffee talk,” akhirnya.

Sebelum ini, nama Aina dan Ernie hangat menjadi perbualan ramai sosial sehingga mencetuskan pelbagai kontroversi. Xtra

Jangan sakiti hati Ernie – Aina Abdul

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker