MP PN keluar Dewan selepas Radzi ‘dihalau’ keluar

MP PN keluar Dewan selepas Radzi ‘dihalau’ keluar

Ahli Parlimen Perikatan Nasional keluar Dewan Rakyat sebagai protes selepas Radzi Jidin (PN-Putrajaya) diarah berbuat demikian.

Radzi diarahkan keluar Dewan selepas membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan terlibat dalam pertikaman lidah dengan penyokong kerajaan.



Beliau berulang kali menuntut Anwar menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap diri dan partinya, dan mengganggu penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat oleh perdana menteri.

Anwar menafikan kerajaan campur tangan dalam keputusan peguam negara meminta pembebasan bersyarat Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi dihadapinya.

“Apabila peguam negara membuat keputusan, saya bertanya kepadanya (mengenainya). Saya tidak membincangkan perkara itu dengannya. Saya minta dia jelaskan apa sebab (keputusan itu).

“Kamu boleh gelak Putrajaya. Kerana kamu buat perkara itu, masa pentadbiran kamu buat perkara itu,” katanya di Dewan Rakyat.



Ini mendorong Radzi berulang kali mendesak Anwar menarik balik kenyataannya, sebelum Ahli Parlimen kerajaan mempertahankan perdana menteri.

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul akhirnya mengarahkan Radzi keluar Dewan.

Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin (PN-Larut) kemudian mempertahankan rakan sejawatnya dengan berkata Radzi hanya cuba mempertahankan maruah PN.

“Putrajaya ingin menjaga maruah dirinya sendiri. Kalau speaker minta Putrajaya keluar, bermakna maruah kami juga. Kita semua akan keluar. Saya tidak boleh menerima sesuatu yang tidak dipertanggungjawabkan dengan adil, kita mahu sesuatu yang adil berikan. Berikan keadilan,” katanya.



Bagaimanapun, Khlir Nor (PN-Ketereh) kekal di Dewan Rakyat. Satu-satunya Ahli Parlimen pembangkang lain bersamanya ialah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar). FMT

MP PN keluar Dewan selepas Radzi ‘dihalau’ keluar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?



Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker