Sejak Bila Datuk Rauf Jadi Kaya?

Oleh Nurul Aisyah

https://youtu.be/cAqHn5jIU9o

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh seorang yang sangat “sharp” dan bijak dalam menguruskan perniagaan beliau. Individu yang sengaja dijadikan sasaran fitnah oleh Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional  dalam Pilihan Raya Negeri Melaka ini merupakan seorang “street smart”. Beliau tidak memerlukan ijazah berjela untuk berjaya sebagaimana jutawan-jutawan yang lain.

Definisi kejayaan setiap orang pasti berbeza apatah lagi aturan kehidupan. Ada orang yang mengiktiraf kejayaan dari segi taraf pendidikan, jumlah harta dan kekayaan dan sebagainya.



Menurut statistik, 1/3 dari mereka yang kaya di dunia tidak mempunyai kelulusan akademik formal. Termasuklah pengasas Virgin Airlines, Facebook iaitu Richard Branson dan Mark Zukerberg.

Bagi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu, beliau bergelar jutawan sebelum menceburkan diri dalam dunia politik lagi. Dari seorang anak penoreh getah yang serba daif kini beliau memiliki kekayaan yang dicemburui ramai pihak.  Rauf mengambil keputusan untuk  menabur jasa , khidmat dan sebagainya kepada rakyat setelah berjaya mengubah nasib diri dan keluarga beliau.

Rauf melihat pertumbuhan ekonomi di kawasan Tanjung Bidara masih perlahan. Beliau mahu memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur utama yang bakal menjadi ‘game changer’ untuk Tanjung Bidara dan penduduknya.

Katanya, potensi pembangunan Tanjung Bidara ketika ini terjejas kerana tidak memiliki kesalinghubungan yang baik dengan pusat bandar Melaka dan lebuh raya utama.



Tanjung Bidara merupakan antara lokasi pelancongan utama di Melaka.Ia memiliki beberapa destinasi tarikan pelancong seperti Pantai Pengkalan Balak, Perigi Lawa dan Padang Kemunting.

Hampir 90 peratus penempatan Tanjung Bidara adalah kampung tradisional, manakala penduduknya bekerja sebagai nelayan, petani dan terbabit dalam sektor berkaitan pelancongan seperti pengusaha chalet dan kedai makan.

Ab Rauf yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya juga mahu melihat kerajaan negeri meningkatkan infrastruktur asas seperti bekalan elektrik dan air mencukupi bagi menampung permintaan kawasan perindustrian Masjid Tanah.

Ab Rauf, yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah berdepan saingan tiga penjuru, dicabar Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hasan.



Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan PRU-14, kerusi Tanjung Bidara dimenangi calon BN, Datuk Md Rawi Mahmud.

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker