Resepi nasi kabuli daging

Sebaran :

Resepi nasi kabuli daging

Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resepi nasi kabuli daging yang menyelerakan ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN

1 kg beras basmati
200 gm daging
1.5 liter air
200 ml minyak sapi
500 ml santan pekat
80 gm rempah sekawan
5 gm daun bawang
5 gm daun sup
2 sudu besar bawang goreng
10 gm biji gajus
4 helai daun pandan
Garam



BAHAN REMPAH

1/2 sudu besar biji jintan manis
1/2 sudu besar biji jintan putih
1/2 sudu besar biji ketumbar

BAHAN HIRIS

100 gm bawang merah
50 gm bawang putih
50 gm halia
10 gm belacan



CARA MENYEDIAKAN

Daging direbus hingga lembut. Angkat dan hiris kasar. Air rebusannya jangan dibuang. Sangai jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Kisar hingga halus.
Tumiskan daun pandan dan rempah empat sekawan hingga wangi. Tumiskan pula bahan hiris dan bahan rempah hingga wangi.
Masukkan air rebusan daging, santan dan beras. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
Tanak sehingga nasi masak. Hiaskan dengan daging, hirisan daun bawang, daun sup, bawang goreng dan gajus.

Dah siap pun. Share resepi ini dengan kawan-kawan anda semus.

Resepi nasi kabuli daging




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin


Sebaran :

Leave a Reply