Lelaki terkaya dunia tinggal di rumah kecil

Lelaki terkaya dunia tinggal di rumah kecil

LOS ANGELES – Lelaki paling kaya di dunia, Elon Musk berkata, beliau tinggal di sebuah rumah yang berharga AS$50,000 (RM208,725) sejak dua tahun lalu di selatan Texas, Amerika Syarikat (AS).

Pendedahan itu dibuatnya melalui akaun Twitter miliknya baru-baru ini selepas terdapat spekulasi bahawa beliau tinggal di sebuah rumah kecil yang berbentuk kotak buatan syarikat Boxabl.

“Bukan Boxabl,” ciapnya di Twitter baru-baru ini bagi memberi penjelasan tentang situasi rumahnya setelah beliau berpindah dari Palo Alto, California ke Texas.

Bagaimanapun, Musk, 50, memberitahu bahawa syarikat Boxabl itu mengeluarkan rumah-rumah mampu milik yang hebat.

Beberapa media sebelum ini menyatakan pemilik bersama syarikat pengeluar kenderaan elektrik, Tesla dan SpaceX itu telah berpindah ke sebuah rumah kotak mudah alih buatan Boxabl.

Sebelum ini, Musk yang mempunyai anggaran kekayaan melebihi AS$266 bilion (RM1.1 trilion) mendedahkan pada Jun lalu bahawa beliau menyewa sebuah rumah dari SpaceX di Boca Chica, Texas iaitu tempat terletaknya ibu pejabat syarikat SpaceX.

Beliau dilaporkan telah mendirikan rumah tangga beberapa kali dan mempunyai enam anak tetapi bercerai beberapa kali. Sinar

Lelaki terkaya dunia tinggal di rumah kecil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker