Rompak RM700,000, pegawai SPRM antara direman

Rompak RM700,000, pegawai SPRM antara direman

Polis mengesahkan dua individu termasuk seorang pegawai sebuah agensi penguat kuasa ditahan selepas disyaki terbabit kes jenayah membabitkan kerugian RM700,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi dan sebanyak 12 individu dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua tangkapan ini telah mendapat perintah tahanan reman masing-masing tiga dan empat hari oleh Majistret. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian jenayah, baru-baru ini.

SPRM dalam satu kenyataan semalam memberitahu, kerjasama penuh kepada polis diberikan suruhanjaya itu bagi mengesan pegawai berkenaan.

Dalam pada itu, SPRM menegaskan, pihaknya sama sekali tidak melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dengan perlakuan jenayah. Utusan

Rompak RM700,000, pegawai SPRM antara direman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker