Kongsi RM78,000 hasil pecah rumah dengan ahli keluarga, 2 beradik dicekup

Dua beradik ditahan disyaki terlibat kes pecah rumah di daerah Beaufort termasuk kehilangan wang tunai RM78,000.

Ketua Polis Beaufort Ismail Abdullah, berkata suspek lelaki berusia lingkungan 20an ditahan di Kota Kinabalu pada 7 Nov kerana disyaki terbabit dengan beberapa kes pecah rumah dan ceroboh di daerah itu dan Kota Kinabalu.

“Siasatan awal mendapati, suspek disyaki turut terbabit dengan pecah rumah di Beaufort pada 5 Nov yang mengakibatkan kerugian wang tunai RM78,000.



“Suspek memasukkan wang hasil pecah rumah itu ke dalam beberapa nombor akaun milik ahli keluarganya,” katanya menurut Harian Metro.

Pada Rabu, Ismail berkata, polis dari cawangan D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Sabah dibantu pasukan JSJ IPD Beaufort menangkap kakak suspek berusia lingkungan 30an dipercayai sebagai pemilik akaun penerima wang daripada suspek.

Katanya, rampasan wang tunai berjumlah RM30,320 berjaya dibuat sepanjang tempoh siasatan kes ini dijalankan.

“Suspek wanita terbabit kini direman di IPD Beaufort selama tujuh hari bermula 9 Nov bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.



“Tangkapan lelaki masih ditahan di IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut kes pecah rumah di Kota Kinabalu,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran



TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker