Notis merah interpol terhadap menantu Muhyiddin, SPRM akan serahkan dokumen pada PDRM

KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyediakan dokumen untuk diserahkan kepada polis bagi melengkapkan permohonan notis merah terhadap menantu bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, dan peguamnya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata antaranya berhubung draf pertuduhan.

“Isnin depan atau lusa kita akan bekalkan kepada polis secepat mungkin.



“Tapi antaranya saya ingat ialah berhubung dengan draf pertuduhan dan sebagainya. Banyak lagilah dokumen kerana ini ‘requirement’ daripada Interpol,” katanya kepada pemberita selepas program bersama media.

Semalam, Interpol meminta maklumat daripada Bukit Aman berhubung permohonan notis merah terhadap Adlan Berhan, dan peguamnya Mansoor Saat.

Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya kini menunggu SPRM mengemukakan maklumat lanjut berhubung kes itu.

Ayob tidak mendedahkan butiran maklumat yang diminta Interpol itu tetapi berkata ia membabitkan beberapa aspek teknikal.



“SPRM tidak boleh membuat permohonan direct kepada Interpol dan mesti melalui polis,” kata Azam.

Adlan dan Mansoor dikehendaki SPRM bagi membantu siasatan berhubung projek membabitkan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di satu kementerian.

SPRM sebelum ini memberitahu kedua-dua mereka sudah keluar negara pada Mei lalu.

Bagaimanapun, Adlan dan Mansoor mengeluarkan kenyataan menerusi peguam masing-masing bahawa mereka bukan melarikan diri daripada undang-undang.



Siasatan kes J-Qaf

Dalam perkembangan lain, Azam berkata kes Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin dalam siasatan dakwaan rasuah projek percetakan buku J-Qaf bernilai RM80 juta ketika beliau menjadi menteri kanan pendidikan masih lagi aktif.

Beliau juga menyerahkan kepada peguam penyiasat SPRM berhubung siasatan terhadap Radzi.

“Saya serah kepada peguam penyiasat dan banyak bukti-bukti baru yang telah dikumpulkan. Saya difahamkan oleh pegawai penyiasat.



“Jadi, kita masih teruskanlah. Jadi, kes ini baru dalam tempoh terdekat ini kita jalankan siasatan, jadi bagi masa kita sikitlah,” katanya.

Azam juga berkata berhubung kes Menteri Besar Kedah Sanusi Nor dalam siasatan perlombongan unsur nadir bumi (REE) telah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya (DPP) untuk kajian.

Beliau menjangkakan dua atau tiga minggu lagi DPP akan membuat keputusan berhubung kes itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker