Pelakon kesal jawapan polis ketika membuat laporan dihendap

Alvy Joanna kecewa dengan sikap anggota polis.

Pelakon kesal jawapan polis ketika membuat laporan dihendap

Seorang pelakon tempatan mendakwa polis tidak ambil peduli apabila dia membuat laporan tentang dakwaan pengalaman dihendap.

Menurut Alvy Joanna, seorang lelaku menghendapnya ketika dia membeli-belah pakaian untuk Tahun Baru Cina, di sebuah gedung beli-belah di Mont Kiara, pada 15 Jan.



Dia memberitahu Malaysiakini bahawa dia pergi ke balai polis Mont Kiara pada malam yang sama untuk membuat laporan mengenai kejadian itu.

Setibanya di sana, dia berkata aduannya telah dilayan oleh tiga anggota polis.

Salah seorang daripada mereka dikatakan berkata “mungkin dia sukakan awak kot” ketika dia menulis aduannya.

Menurut Alvy, dia tersinggung dengan kenyataan itu, yang dirasakannya menyalahkan mangsa.



Katanya, dia menegur anggota berkenaan berhubung kenyataan itu, tetapi dua lagi anggota polis yang hadir tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai kejadian berkenaan.

“Saya sangat marah. Saya berkata, ‘ya, tetapi ia tidak selamat’,” katanya berhubung maklum balasnya terhadap komen itu.

“Mereka (pegawai polis lain) sedang menangani laporan polis itu. Yang bergurau tadi, dia cuma berada di situ sahaja,” tambahnya.

Walaupun dua lagi anggota polis tidak menegur anggota ketiga yang membuat komen itu namun Alvy menjelaskan dia bersyukur dengan kehadiran mereka dan memandang serius aduannya.



Mereka telah memberikan nombor telefon mereka supaya dia boleh menghubungi mereka jika kejadian menghendap berlaku lagi, katanya.

Dia kemudian menyiarkan tentang komen pegawai polis itu di platform media sosial X.

Lmao not me reporting to police and they answered “maybe he like u kot” 🥰🥰🥰 best la polis Malaysia
— Alvy Joanna (@missalvy__) January 15, 2024

Selepas hantaran Alvy menjadi tular di media sosial, dia berkata seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields telah menelefonnya.



Malaysiakini sedang menghubungi pihak polis bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan ini.

Alvy berkata dia akan ke sana lewat hari ini untuk merekodkan kenyataannya mengenai kes menghendap.

Dia juga berkata bahawa seorang wanita lain telah menghubunginya selepas hantarannya, mendakwa dia mengalami gangguan serupa di kawasan Mont Kiara daripada lelaki yang sama.

Kejadian menghendap itu menyebabkan dia bimbang dengan tahap keselamatan di Mont Kiara, yang dianggapnya sebagai tempat yang selamat, kata Alvy.



Penghendap yang didakwa itu kelihatan seperti seorang lelaki berusia lewat tiga puluhan hingga awal empat puluhan yang bercakap bahasa Inggeris dengan sangat baik apabila dia cuba berdepan dengannya.

Kata Alvy lagi, lelaki itu telah mengikutinya, dari kedai ke kedai dan dia akhirnya melarikan diri apabila masuk ke kedai kopi dan meminta bantuan daripada pekerja di sana.

Menurutnya, dia datang untuk membuat laporan di balai polis dalam ketakutan.

“Jadi anggota berkenaan tidak sepatutnya berkata ‘mungkin dia sukakan awak’, ‘mungkin awak terlalu cantik’ atau apa-apa seperti itu kerana terdapat ramai wanita yang mengalami kejadian ini dan menerima tindak balas sama.



“Mereka tidak sepatutnya membuat sebarang komen dan teruskan sahaja menerima laporan itu,” katanya. Mk

Pelakon kesal jawapan polis ketika membuat laporan dihendap

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker