Tak hormat tak apa…saya nak mati sudah – Speaker Dewan Rakyat

Tak hormat tak apa…saya nak mati sudah – Speaker Dewan Rakyat

Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun kecewa dengan sikap Ahli Parlimen pembangkang yang tidak menghormati keputusan menggantung Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) daripada persidangan, semalam.

Beliau berkata, ini berikutan bentara yang seharusnya mengiringi Ahli Parlimen Kota Belud itu keluar Dewan Rakyat terpaksa menunggu selama 40 minit sebelum berbuat demikian kerana bantahan rakan beliau terhadap penggantungan itu.



“Saya amat sedih semalam. Saya tengok bentara dua orang muda-mudi bekerja di Parlimen berdiri 40 minit tidak dihormati langsung.

“Tak hormat saya tak apa. Saya boleh terima, sebab saya dewasa dan nak mati sudah. Tetapi hormatlah muda-mudi kita kerja sebagai bentara. Dia orang kerja sahaja,” katanya di Dewan Rakyat.

Azhar berkata demikian selepas Rozman Isli (Warisan-Labuan) bertanya kepadanya sama ada penggantungan Isnaraissah oleh Timbalan Speaker Mohd Rashid Hasnon selama dua hari boleh ditarik balik atau masih berkuat kuasa.

Azhar berkata, penggantungan Isnaraissah masih terpakai kerana beliau tidak duduk dan menghormati Dewan, semalam, selepas tidak berpuas hati usulnya mengenai tuntutan waris kesultanan Sulu ditolak.



Semalam, Isnaraissah diarah keluar dan digantung dua hari daripada menghadiri persidangan selepas beliau bertegas mahu usul tuntutan waris kesultanan Sulu terhadap Sabah dibahaskan di Dewan Rakyat.

Usul itu yang ditolak buat kali ketiga di Dewan Rakyat mencetuskan pertikaman lidah antara beberapa Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah dengan Azhar dan Rashid. FMT

Tak hormat tak apa…saya nak mati sudah – Speaker Dewan Rakyat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]



Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker