Datuk Red, Adira cerai talak satu

Datuk Red, Adira cerai talak satu

Perkahwinan dibina selama sembilan tahun akhirnya terlerai apabila penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sah bercerai talak satu.

Datuk Red, 46, melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, di sini, pagi ini.



Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar jam 9.39 pagi mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.

“Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” lafaz Datuk Red.

Ketika kes dibacakan Datuk Red kelihatan tunduk sayu dan Adira yang kelihatan tenang juga bersetuju tidak menuntut nafkah. Pasangan itu bersalaman dalam dewan bicara sebelum bersurai.

Pada 5 Mac lalu, Adira dan Datuk Red hadir bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses perceraian mereka.



Datuk Red melantik sahabat baik sendiri sebagai wakil JKP, manakala Adira selaku plaintif melantik kakaknya, Emma Suhaimi untuk prosiding berkenaan.

Semalam, Datuk Red yang mahukan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dan isteri kedua, Adira menarik balik permohonan cerai mereka.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman. Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.



Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.

Perkahwinan Datuk Red dengan isteri pertama, Datin Red mempunyai lima cahaya mata.

Sebelum itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, Datuk Red dikurniakan dua cahaya mata dan secara keseluruhan mempunyai 11 anak menerusi tiga perkahwinan. BH



Datuk Red, Adira cerai talak satu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau



Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah



Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker