Perasuah kepada TNB menangis mohon simpati hakim, tidak mahu hukuman penjara

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan menangis apabila didenda RM20,000 atau penjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan memberi suapan kepada jurutera Tenaga Nasional Bhd (TNB) supaya tidak memotong bekalan elektrik di premisnya antara 2019 hingga 2021.

Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara empat bulan bagi setiap pertuduhan, selepas Ng Yin Wui, 41, mengaku bersalah bagi semua kesalahan itu.

Mengikut pertuduhan, Yin Wui didakwa memberi lima suapan iaitu wang tunai RM8,000 kepada seorang jurutera TNB berusia 31 tahun sebagai dorongan kepada lelaki itu supaya tidak memotong bekalan elektrik di premis tertuduh atas kesalahan mencuri dan mengubah suai meter elektrik mengikut Seksyen 37(14) Akta Bekalan Elektrik 1990.



Kesalahan itu didakwa dilakukan di dua restoran di Sunway Mentari, Petaling Jaya antara 1 November 2019 hingga 15 November 2021.

Yin Wui yang juga pemilik kilang plastik kitar semula itu didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman berbentuk denda yang ringan dengan alasan dia penanggung utama keluarga dan perbuatan itu kesalahan pertamanya.

“Saya harap hakim beri saya peluang, saya sangat sedih, saya minta maaf dan berharap tidak dipenjarakan,” rayunya sambil menangis.



Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), V Yunaisvari memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam dan jumlah yang terbabit.

“Mahkamah perlu menitik berat hukuman sebagai pengajaran kepada tertuduh, langkah pencegahan perlu diketat dan ditekankan kepada masyarakat bahawa mahkamah serta undang-undang tidak berkompromi dengan kesalahan ini,” katanya. – BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker