Rosyam rayu Keluarga Malaysia bantu mangsa banjir

Rosyam rayu Keluarga Malaysia bantu mangsa banjir

Negara luar kita boleh bantu, apatah lagi di Malaysia, kata Rosyam Nor

PELAKON terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor menyeru rakyat Malaysia sebagai satu Keluarga Malaysia untuk membantu mangsa bencana banjir yang terjejas membina semula kehidupan mereka.



Menurutnya, inilah peluang untuk rakyat Malaysia membuktikan sikap bantu membantu kepada masyarakat di negara sendiri.

“Masyarakat Malaysia, khasnya Keluarga Malaysia biar cukup prihatin dengan apa yang berlaku di seluruh Malaysia bukan di sini sahaja dan saya rasa rakyat Malaysia negara luar diorang boleh dibantu apakan Malaysia kan. Jadi, benda baru berlaku, kita bagi masa juga.

“Sekarang ni yang paling penting ialah kita membersihkan kawasan dan kita kena fikirkan pulak macam mana boleh bantu diorang dari segi kemusnahan dalaman, tapi itu kemudian lah. Tapi yang penting bersih dulu rumah-rumah ini,” katanya ketika ditemui di lokasi bencana banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, hari ini.

Pelakon dan pengarah filem itu mengetuai pasukan bantuan kemanusiaan yang disertai 40 sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah mangsa banjir.



Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang dan dermawan yang menjayakan misi kemanusian pasukannya hari ini. Mp

Rosyam rayu Keluarga Malaysia bantu mangsa banjir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker