DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?

Cadangan DAP yang mahukan kerajaan menggubal dasar perpaduan negara baharu boleh dilaksanakan, sekiranya parti tamak haloba itu menerima dan akur dengan beberapa syarat.

Ketua Penerangan BERJASA, Hazwan Mohamad berkata, cadangan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming itu boleh dipertimbangkan jika parti itu boleh berikrar untuk taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.

Beliau juga mahu semua bangsa di negara ini fasih bertutur dan menulis menggunakan bahasa Melayu, selari dengan tuntutan Kor Ming yang mahukan status semua rakyat sebagai Bumiputera.

Selain itu, katanya, kaum lain juga perlu mengakui dan menerima bahawa agama Islam sebagai agama Persekutuan.

“Bersetuju juga untuk menyatukan sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan dan menolak sistem vernakular.

Kor Ming Biadap! Mahu dianggap Bumiputera kerana lahir selepas merdeka

“Bersetuju untuk mengharamkan iklan pekerjaan yang meletakkan kriteria boleh berbahasa Mandarin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Kor Ming agar semua rakyat yang lahir pada awal 31 Ogos 1957 boleh menikmati status Bumiputera dan kerajaan tidak patut atau tidak boleh lagi membezakan rakyat dengan ‘warna kulit’.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu berkata, Indonesia telah lama menghapuskan perbezaan Bumiputera dan bukan Bumiputera, selain mendakwa kononnya politik kaum adalah penghalang terbesar kepada perpaduan serta kemajuan negara.

Sementara itu, bekas Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Omar Kassim berkata, semua pihak tidak perlu membuang masa berbincang mengenai isu berkenaan.

DAP mahu status Bumiputera? Bersedia gugur sekolah vernakular?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker