Bomba keluarkan lelaki mengamuk dari dalam tangki air

Bomba keluarkan lelaki mengamuk dari dalam tangki air

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki dipercayai pesakit mental mengamuk sebelum lari dalam keadaan bogel dan terjun ke dalam tangki air di rumah keluarganya di Kampung Bukit Cherakah, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 6.12 petang dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.



Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, seorang lelaki berusia 29 tahun didapati sudah terjun ke dalam tangki air selepas dikejar polis.

“Menurut laporan awal, lelaki itu mengamuk di rumah keluarganya, sebelum kakaknya menghubungi polis untuk meminta bantuan.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit lari dalam keadaan bogel dan terjun ke dalam tangki air dan polis terpaksa menghubungi bomba untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Norazam berkata, pasukan penyelamat mengambil masa 45 minit untuk mengeluarkan lelaki itu daripada tangki air berkenaan, sebelum diserahkan kepada polis dan pasukan perubatan untuk tindakan lanjut. BH

Bomba keluarkan lelaki mengamuk dari dalam tangki air


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]



Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker