Dua lelaki bermotosikal tembak kereta di Sitiawan

LUMUT: Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir di sebuah kawasan perumahan di Sitiawan, dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran mendapati suspek kemudian cuba melepaskan tembakan ke arah rumah pemilik kereta tersebut.

“Bagaimanapun, dipercayai pistol suspek gagal berfungsi sebelum mereka melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha Y15 tanpa nombor pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Terdahulu, beliau menjelaskan polis menerima panggilan telefon dari seorang lelaki pada pukul 1.07 tengah hari memaklumkan ada kes tembakan di hadapan rumah rakannya di Sitiawan.

Beliau memaklumkan, hasil siasatan mendapati isteri pemilik rumah ada mendengar bunyi letupan di luar rumah mereka pagi semalam tetapi tidak mengendahkannya.

Kemudian, kira-kira pukul 12.45 tengah hari pemilik rumah yang mempunyai dua anak keluar rumah untuk mengambil barang dan menyedari terdapat kerosakan pada cermin belakang keretanya serta menemui kelongsong peluru di bawah kenderaan tersebut.

Mohd. Yusri memberitahu, pemeriksaan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Forensik (D10) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mendapati terdapat kesan lubang pada cermin belakang kereta dipercayai akibat tembakan serta satu kelongsong peluru dan kepala peluru di lokasi kejadian.



“Polis masih menyiasat motif kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971,” ujarnya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Asisten Superintendan Mohd. Azalan Ab. Karim di talian 019-3927837 atau mana-mana balai polis berhampiran

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee



Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker