PM beri amaran, “Jangan ambil kesempatan guna dana Palestin”

Pihak yang menganjurkan kutipan dana kemanusiaan untuk Palestin di seluruh negara diingatkan tidak mengambil kesempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dana berkenaan perlu diurus dengan cekap dan mengikut undang-undang.

“Saya nak nasihatkan rakan- rakan di masjid, surau dan orang kutip duit mesti ada tanggungjawab.



“Jangan ambil kesempatan bina mahligai masing-masing, belanja tinggi untuk perindah pejabat padahal ia adalah bantuan kemanusiaan,” katanya di majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di Kompleks Seri Perdana pada Khamis.

Beliau berkata, setiap kutipan perlu disalurkan untuk bantuan perubatan, makan minum dan kemudahan asas untuk Gaza.

“Malaysia boleh menyumbang tetapi biarlah telus,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar mengumumkan tabung AAKRP setakat ini berjaya mengumpul sebanyak RM81 juta sumbangan.



Jumlah tersebut termasuk dana awal RM10 juta yang diumumkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu.

Sumbangan itu diterima daripada 46 entiti termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC), syarikat swasta, yayasan dan persendirian.

Antara penyumbang terbesar termasuk Khazanah Nasional Bhd serta GLC dengan sumbangan RM15 juta; Yaysan Al Bukhary (RM5 juta); YTL Corporation Bhd (RM5 juta); Tenaga Nasional Bhd (RM3 juta) dan Maybank (RM2 juta).

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri; Datuk Seri Fadillah Yusof; Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.



AAKRP diselia oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) dan menyasarkan kutipan awal RM100 juta sebagai salah satu usaha kerajaan bagi membiayai aktiviti bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Palestin yang terjejas dalam zon konflik.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun CIMB Islamic Bank, di nombor akaun 8600302489 di bawah nama penerima AAKRP.

Memasuki hari ke 13 perang Israel-Palestin telah meragut ribuan orang awam dan kemusnahan infrastruktur terutamanya di Semenanjung Gaza.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker