9 ahli UMNO Kemaman cedera dalam kemalangan ketika pulang daripada PAU22

9 ahli UMNO Kemaman cedera dalam kemalangan ketika pulang daripada PAU22

KUANTAN: Sembilan perwakilan dan pemerhati Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Kemaman cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 240.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Timur, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.50 petang ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kemaman, Terengganu selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU22) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).



Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa berusia antara 21 tahun hingga 68 tahun.

“Siasatan awal mendapati, kenderaan van Toyota Hiace dipandu lelaki berusia 37 tahun membawa sembilan penumpang wanita dari arah Kuala Lumpur ke Kemaman.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta berada di hadapan van berkenaan dikatakan brek mengejut menyebabkan van terbabit hilang kawalan sebelum terbabas selepas cuba mengelak melanggar belakang kereta itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya akibat kemalangan tersebut, semua mangsa mengalami kecederaan dan mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk rawatan lanjut.



“Lima daripada mangsa termasuk pemandu dirawat di Zon Hijau manakala empat lagi penumpang dirawat di Zon Kuning.

“Hasil siasatan awal, mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian pemandu van terbabit kerana tidak dapat mengawal kenderaan semasa memandu dan menyebabkan kemalangan berlaku,” katanya.

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. BH

9 ahli UMNO Kemaman cedera dalam kemalangan ketika pulang daripada PAU22



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras



Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker