Ford Renger ‘bantai’ kuda di Sungai Tua, pemandu selamat kuda terkorban

Pemandu, penumpang Ford Ranger selamat manakala kuda yang dilanggar mati di lokasi. Foto ihsan: FB MyHuluSelangor

Pemandu serta penumpang kenderaan utiliti sukan (SUV) Ford Ranger berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan dengan seekor kuda yang berkeliaran di Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohammad Nasir berkata, insiden berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Katanya, kenderaan terbabit dipandu oleh lelaki tempatan berusia 54 tahun dari arah antara Gapi menghala ke Sri Gombak.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu sedari seekor kuda berada di laluannya dan tidak sempat mengelak sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.



“Pemandu bersama penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kuda tersebut mati ditempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat diminta tampil ke balai atau boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mohd Sakri Mat di talian 019-9145899 atau bilik gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222,”katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker