20,000 pokok hutan ganti musang king

20,000 pokok hutan ganti musang king

RAUB – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) akan menanam kira-kira 20,000 pokok hutan bagi menggantikan kira-kira 15,000 pokok durian musang king yang telah dimusnahkan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, di sini.

Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat, JPNP, Wan Ghazali Wan Ali berkata, kerja menanam pokok hutan giat dilakukan dengan kira-kira 2,000 pokok hutan seperti meranti, merawan, balau dan keruing telah ditanam sehingga kini.



“Kita akan berusaha secepat mungkin untuk selesaikan kerja menanam pokok hutan di kawasan terbabit bagi mengelak kejadian hakisan dan pencemaran sumber air.

“Hutan Simpan Batu Talam merupakan kawasan tadahan air yang telah diwartakan pada 2002, sekiranya pencemaran berlaku akan menjejaskan sumber air kepada penduduk di daerah ini,”katanya di sini, hari ini.

Kira-kira 15,000 pokok durian musang king yang ditanam di tanah seluas 101 hektar di HSK Batu Talam dimusnahkan dalam tempoh sembilan hari Operasi Pamah bermula 3 Julai lalu.

Menurut Wan Ghazali, dengan penglibatan lebih 100 kakitangan JPNP pihaknya menyasarkan kira-kira 5,000 pokok durian musang king dapat ditanam dalam tempoh seminggu.



Jelasnya anak pokok hutan ditanam diambil daripada Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat Rotan Tunggal di sini dan dari beberapa Pejabat Hutan Daerah. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

20,000 pokok hutan ganti musang king


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Masjid diconteng : Jangan buka bunyi kuat”



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker