Kerajaan Madani tak ikut nabi – Hadi

Kerajaan Madani tak ikut nabi – Hadi

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan kerajaan ditadbir Perdana Menteri Anwar Ibrahim jangan hanya melaungkan slogan Madani tetapi tidak mengikuti ajaran nabi.

Hadi (PN-Marang) berkata, cadangan penghapusan pencen penjawat awam dilihat bukan pendekatan yang Madani.



“Jangan kita sebut Madani tetapi tidak menepati apa diajar nabi. Sebut Madani sahaja tetapi objektif tak (ikut apa) yang nabi laksanakan,” katanya dalam perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Jemaah Menteri dilaporkan setuju menetapkan syarat pengambilan penjawat awam baharu berstatus tetap tidak lagi menerima pencen.

Bagaimanapun, pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas, namun golongan baharu dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baharu kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam.



Sementara itu, Hadi berkata penjawat awam adalah golongan jentera kerajaan yang perlu dihargai khidmat mereka.

“Perlu dinilai penjawat ini bukan dari segi duit sahaja tetapi jasa dan khidmat mereka. Budi mereka kepada negara dan rakyat,” katanya.

Hadi dalam perbahasannya turut setuju dengan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang menyifatkan konsep Madani dibawa kerajaan seperti “burung tiung”, malah beliau menambah ia juga seperti “burung kakak tua”.

“Masukkan dalam ucapan saya. Memang bila bercakap, dia ikut apa tuan dia cakap. Apa makna tak tahu. Ini burung tiung. (Macam) burung kakak tua (juga) walaupun kakak tua tapi tak faham apa dia cakap,” katanya.



Terdahulu, Rasol ketika mencelah perbahasan Hadi berkata konsep Madani dibawa kerajaan berbeza dengan ajaran nabi.

Hadi turut menggesa pemerintah berlaku adil kepada semua rakyat tidak kira di pihak pembangkang atau kerajaan.

Beliau membangkitkan perkara itu selepas Ahli Parlimen pembangkang belum menerima peruntukan daripada kerajaan.

“Perlu adil dalam pemberian peruntukan. Ini kerana bila pungut cukai…pungut pada semua. Tetapi bila diagihkan beza-beza (dan) tak adil,” katanya. FMT



Kerajaan Madani tak ikut nabi – Hadi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys



Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker