Budak 4 tahun maut kereta dipandu datuk terbalik di Manjoi
Budak 4 tahun maut kereta dipandu datuk terbalik di Manjoi

IPOH: Budak perempuan berusia empat tahun maut selepas kereta yang dinaiki bersama datuknya ketika dalam perjalanan dari Meru di sini ke rumah mereka, terbalik di Jalan Baginda, Manjoi, malam tadi.
Nahas jam 8.40 malam itu menyebabkan Az Dian Raisya Qistina Mohamad Hafisrudin, 4, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala datuknya, Jamil Sumawan, 69, luka kecil di muka serta tangan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Iswara Aeroback dipandu datuk kepada mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas serta terbalik sekitar jam 8.40 malam tadi.
Akibat kemalangan itu pemandu bersama cucunya dihantar ke HRPB untuk mendapatkan rawatan, sebelum cucunya itu disahkan meninggal dunia di wad kecemasan HRPB sekitar 10.05 malam.
Budak 4 tahun maut kereta dipandu datuk terbalik di Manjoi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
You must be logged in to post a comment.