HKL dapat RM1j naik taraf aset

HKL dapat RM1j naik taraf aset

Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan RM1 juta diperuntukkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menaik taraf peralatan dan perkhidmatannya.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa bagaimanapun mengakui jumlah itu tidak mencukupi untuk hospital kerajaan terbesar di Malaysia yang berusia lebih 150 tahun dan merupakan pusat rujukan perubatan utama negara.



“Sebenarnya HKL memerlukan lebih daripada RM1 juta, tetapi buat masa sekarang kita meluluskan RM1 juta dahulu.

“Ini adalah untuk aset inventori HKL,” katanya selepas melancarkan buku “Coffee Table Covid-19” dan melawat HKL hari ini, sambil menambah peruntukan itu akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan.

Mengenai cadangan mendigitalkan rekod pesakit HKL, beliau berkata, kerajaan akan menyediakan peruntukan khas bagi tujuan itu.

Katanya, HKL dengan kepadatan pesakit mencecah 50,000 orang setiap bulan perlu melakukan pendigitalan bagi membantu melancarkan perkhidmatan mereka.



“Kita akan beri peruntukan khas untuk pendigitalan rekod pesakit di HkL.”

Pengarah HKL, Dr Rohana Johan dalam ucapannya berkata, pihaknya mengendalikan lebih 16,000 rekod pesakit secara manual setiap hari dan pendigitalan akan membantu pengurusan rekod pesakit dengan lebih cepat serta efisien.

Dalam perkembangan lain, Zaliha berkata, pihaknya sudah memohon Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook menyediakan bas perantara dari stesen MRT ke HKL bagi memudahkan pesakit dan mengurangkan kesesakan. FMT

HKL dapat RM1j naik taraf aset



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker