Bertengkar sampai langgar kereta jiran

Bertengkar sampai langgar kereta jiran

Polis menahan seorang lelaki dipercayai memandu kenderaan secara berbahaya dan mengancam keselamatan orang lain di sini baru-baru ini.

Tangkapan dilakukan pukul 6.15 petang pada 24 April lalu, kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood.



Menurut beliau, pihaknya bertindak sedemikian setelah satu video berdurasi 27 saat tular di media sosial pada 25 April.

“Bertindak atas maklumat, pada 24 April 2024, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields telah berjaya menjalankan tangkapan ke atas suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek yang berusia 35 tahun itu kemudiannya dibawa ke Majistret Kuala Lumpur untuk permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Majistret Kuala Lumpur kemudiannya membenarkan suspek direman selama tiga hari,” katanya.



Pada 25 April lalu, satu video berdurasi 27 saat dimuat naik oleh pemilik akaun X memaparkan sebuah kenderaan dipandu secara bahaya dengan niat mengancam keselamatan pemandu lain di sebuah parkir kediaman.

Ku Mashariman berkata, hasil siasatan awal mendapati pada 22 April lalu jam kira-kira 2.15 petang, pengadu berusia 40 tahun dan teman wanitanya telah bertengkar di dalam rumah dan menyebabkan bunyi bising.

“Suspek seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun merupakan rakan kepada penyewa lain di dalam rumah tersebut berasa berang dengan pertengkaran pengadu dan teman wanitanya.

“Selisih faham tersebut tidak terhenti di rumah dan menyebabkan berlakunya kejadian khianat kenderaan apabila suspek yang memandu kenderaan lain didapati dengan sengaja telah melanggar kenderaan pengadu yang keluar daripada parkir kenderaan,” katanya.



Akibat kejadian itu, kenderaan pengadu mengalami kerosakan teruk dan pengadu juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” kata Ku Mashariman.

Semakan rekod jenayah mendapati suspek ini juga mempunyai pelbagai rekod jenayah sejak 2014 dan masih dikehendaki bersabit penyiasatan kes jenayah lain di daerah Cheras.

“Kertas siasatan lengkap akan dirujuk kepada Yang Arif Timbalan Pendakwaraya Kuala Lumpur pada 26 April 2024 dengan cadangan untuk menuduh suspek di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.



“Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat apa-apa spekulasi berhubung dengan video tular ini,” katanya lagi. MG

Bertengkar sampai langgar kereta jiran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker