Adik Nik Aziz seru jangan undi Mohd Amar

Adik Nik Aziz seru jangan undi Mohd Amar

Adik kepada bekas menteri besar Kelantan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah merupakan dalang di sebalik ketiadaan nama Nik Mohammad Abduh Nik Aziz sebagai calon pilihan raya negeri (PRN) Kelantan.

Dalam satu rakaman video yang tular hari ini, Nik Din Nik Mat (gambar, judul) berkata dia hairan apabila nama anak saudaranya itu tidak dicalonkan di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Chempaka.



Sedangkan katanya, dia sendiri bertemu dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Rusila pada 23 Jun lalu dan diberi jaminan bahawa Nik Abduh akan dicalonkan.

“Haji Hadi maklumkan parti memang perlukan Nik Abduh kerana dia seorang yang cerdik, kerjanya bagus, dan rajin bersuara di parlimen.

“Jadi ambo hairan bila diperhatikan nama Nik Abduh tidak dicalonkan di DUN Chempaka.

“Sedangkan tok guru (Abdul Hadi) ada tulis surat kepada Pesuruhjaya PAS Kelantan (Ahmad Yakob) supaya diberikan kerusi DUN Chempaka kepada Nik Abduh, tetapi dia (Nik Amar) tolak.



“Apabila DUN Chempaka kosong, ambo tengok nama dia (Nik Abduh) tak ada, ini saya hairan dan takda kerja orang lain.

“Ini kerja Nik Amar (Mohd Amar) jahat dan dia tak bagi kepada Nik Abduh dan sampai di telinga saya dia tak bagi keluarga tok guru Nik Aziz bertapak di kawasan Pengkalan Chepa,” katanya.

Teradulu, video berdurasi dua minit 33 saat itu tular melalui aplikasi grup WhatsApp.

Sebelum ini, Malaysiakini memetik beberapa sumber PAS melaporkan nama Nik Abduh antara yang dicadangkan akan bertanding di DUN Chempaka.



Bagaimanapun, sumber terbabit memaklumkan sukar untuk Nik Abduh dicalonkan kerana mendapat bantahan daripada PAS Kawasan Pengkalan Chepa yang diketuai Mohd Amar yang juga calon PAS bagi DUN Panchor.

Mohd Amar menjadi wakil rakyat di DUN Panchor sejak 2004, kerusi itu juga merupakan salah satu kubu PAS di Kelantan selain DUN Chempaka dan Kijang. Ketiga-tiga kerusi DUN ini terletak di bawah parlimen Pengkalan Chepa.

PAS akhirnya mencalonkan muka baru Nik Baharum Nik Abdullah diumumkan menggantikan penyandang kerusi itu Fathman Mahmood.

Sementara itu, Nik Din ketika dihubungi Malaysiakini berkata dia mengesahkan rakaman video yang tular itu adalah sahih dan benar.



“Ya video itu benar, saya tak boleh terima apa yang dilakukan Nik Amar terhadap Nik Abduh.

“Jadi saya menyeru supaya pengundi tidak memberi undi kepada Nik Amar pada PRN kali ini,” katanya ringkas.

Dalam rakaman video itu juga, Nik Din menegaskan dan menyeru agar pengundi tidak berpihak kepada penyandang DUN Panchor itu.

“Oleh itu ambo rayu kepada adik-kakak jangan undi Nik Amar kali ini, biar dia kalah dan rasa sebab dia naik pun kerana rakyat.



“Siapa yang dengar video ini jangan undi Nik Amar, dan kalau kita undi maknanya kita sokong kejahatan dia.

“Orang seperti inilah yang menyebabkan PAS punah dan jahanam,” katanya lagi. Mk

Adik Nik Aziz seru jangan undi Mohd Amar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker